Friday, August 12, 2011

MENCINTAI RASULULLAH S.A.W

Salam semua!!!!!saya nak kongsi 1 cerita pada sesiapa yang melawat blog saya nihh...'dalam bulan Ramadan yang mulia ni...mesti macam2 cabaran yang datang...ingat lah ... cabaran ni hanya ujian dari Allah SWT...Allah SWT sentiasa menguji kesabaran umatnya yang beriman...
Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Justeru kita memperingati Maulud Nabi s.a.w untuk mengungkapkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta.Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang di antara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia. Dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t yang menjadi ‘pemberi peringatan’, mula-mula bagi bangsa Arab, dan kemudian bagi seluruh umat manusia.Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.Mengingati Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ini (bersamaan 26 Februari 2010) seharusnya benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuhkan perpaduan serta meningkatkan iman, takwa, dan amal salih. Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia. Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam.Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta, iaitu kenikmatan menyebut nama orang kita cintai.Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai.Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda.Keluhuran budi Nabi s.a.w bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,” malahan diakui oleh kawan dan lawan.Malah ketika diminta untuk mengutuk, Nabi s.a.w membalas, yang bermaksud: “Aku bukan diutus sebagai pengutuk, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.”Sifat kasih sayang Nabi s.a.w terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.
Keagungan Nabi s.a.w menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekali gus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi.Dalam kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapang dada walaupun seorang Badui yang kasar sifatnya.Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

No comments: