Friday, November 1, 2013

Hari yang Menyedihkan

Rasa macam tak percaya , telefon aku hilang 
jahat sunnguh budak tu, kenapa la , kau nak curi telefon aku
kau tak kesian dekat mak dan ayah kau ke?
argg,, memang tak kesian pun kan sebab tu kau curi telefon orang
perangai manusia ni, tak semua nya baik, 
kejadian ni belaku di  KTM IPOH,PERAK
jam 12.50 pagi 
tak sampai seminit aku berpaling , dah hilang
huhu.. agtasfirullahalazim
sangat terkilan sekali, sebab kecuaian aku sendiri :(
nak dapatkan balik?!
tak mungkin, budak tu mungkin dah buang sim kad aku tu
hurmm,, call pun dah tak boleh, maklumlah dah curi telefon orangkan.. 
tak nak bagi orang jejak dia la tu.. huhu
apa-apa pun, aku memang sakit sangat hati dengan kejadian ni
oohh ya,, tak silap aku.. aku ada perasan suspek ni,, nampak macam
budak sekolah lagi.. hey
macam mana lah perangai budak sekolah zaman sekarang ni.. nampak kan
dah tak boleh dipercayai dan dicontohi lah,, aku tak tau la,, kenapa spesis tak da perasaan 
ni wujud kat atas dunia ni.. 
kelak satu hari nanti dia akan dapat balasan yang setimpal( Allah itu Maha Adil)
hidup kau tak akan tenang , sebab mencuri!!
apa pun. aku nak kena buat sim kad lain, dan block no tu..

p/s: setiap yang terjadi ada hikmah.
        kejahatan akan diazab oleh Allah swt
           kelalaian diri sendiri, ada yang mengambil kesempatan

aku rindu telefon aku (pink magenta)
kau akan dapat balasan !!


Sunday, January 27, 2013

Rindu Dia

hari demi hari.. macam-macam dah berlaku dalam kehidupan saya..awak.. saya tahu awak sayang saya.. dan awak pun tahu saya sayang awak.. awak tak akan mudah diri ni nak tinggalkan awak. dah saya dapat awak. hanya awak sayang.. tak ada orang lain lah..

awak.. saya rindu awak..~ saya sayang awak~ saya perlu awak..

awak jangan buat macam ni.. saya tahu awak sibuk tapi bagi tahu la saya, sekurang-kurangnya saya tak la risau tentang awak..
 awak.. saya minta maaf kerana meyakiti hati awak baru-baru ni. saya tahu saya yang salah.saya tak pikir dahulu sebelum bertindak..
awak saya nak awak.. awak jangan pergi ..jangan pergi~~..
saya rindu awak... @mohd syazwan

#tengah melanda perasaan RINDU..
Mood: :'(  :(




Saturday, December 22, 2012

mutiara kata

kehidupan manusia di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. apa yang ada hanyalah percubaan , cabaran dan pelbagai peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin. jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada ilahi satu hari nanti.

p/s:mutiara kata at dara.com
      akhlak yang buruk diibaratkan seperti tembikar yang sudah pecah
      tidak dapat dicantumkan kembali dan menjadi tanah semula...

setitik air mata ibu yang tumpah daripada perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.

lepas SPM(cuti2)

hehe.. lama aku tak updates post ni..sejak dah habis SPM hari tu..hemm.. bila ye?? tapi aliran aku habis awal dari yang lain..hehe..hah.. baru aku ingat!! mula pada 5/11/2012~6/12/2012, tapi ada juga lompat hari
apa-apa pun habis awalkan.. haha. pada 27/11/2012.. awal la juga dari yang lain tu.. tapi tak pa..semua dah habis kan sekarang SPM tu.. sebelum nak melangkah ke alaf baru ni, macam2 la, jadi dalam hidup kita kan..
termasuk dengan aku. hemm.. ada yang pahit dan ada yang manis,dalam perancangan nak ambil lesen memandu,untuk mematuhi keselamatan jalan raya..hehe

baru-baru ni aku pergi melancong dekat PULAU LANGKAWI,KEDAH. aku pergi ni pun atas bantuan mak angkat aku..huhu.. aku pergi bersama twin aku dan mak angkat aku la(3 orang je).. beli tiket tu kena beli awal-awal, takut tak da pula nanti tempat dalam bot. tambahan pula, musim cuti sekolah.

***
masa dekat LANGKAWI, kami di ambil oleh saudara mak angkat(anak dia lahh).
huh.. p sana memang best tapi biasa la,. bila nak seronok sikit, de je yang penghalang.. tau sapa??!
mak aku.. tapi tak pa la, dia nak pastikan kami dalam keadaan baik je tu sebenarnya kan.. tapi yang peliknya, dah baru sampai lah katakan, ingat nak rehat la sikit, yang mak aku asyik telefon tanya bila nak balik?. aku tau la aku pergi ni bukan dengan dia kan.. hemm,.


***

hari pertama kami tak pergi mana lagi, duk dekat rumah je..
hari kedua la,, permulaan aktiviti percutiaan aku,hehe,
'cabel car'.esok tu plak, kami pergi berkelah,lepas tu pergi 'underwaterworld'. keesokannya, kami pergi
makam mahsuri.. huh. best la.. dekat 11 tahun aku dengan kembar aku tak ziarah pulau Langkawi.. maklumlah emak dan abah sibuk dengan kerjakan.. tu yang orang lain bawa pergi tu.. tu pun mula-mula susah nak bagi keluar dengan orang.. akhirnya, bagi juga. haha.. bukan pergi buat maksiat pun kan..hehe..
kot mana pun aku kempunan nak bercuti dengan keluarga aku sendiri yang ramai ni.. 7 orang semuanya termasuk aku.

  =>aku rindu dekat mak angkat aku tu.. kenapa susah sangat nk jumpa ye..

***

ok.. dah la,, penat la.. menaip ni.. walaupun ada lagi yang aku tak tulis dalam ni..hehe..

p/s: kepada adik2 yang nak exam tu. teruskan usaha, semoga memperoleh keputusan yang cemerlang.

to my sayang, kot mana pun saya sayang awak tau..

Friday, June 22, 2012

kehidupan aku

assalamualaikum..

   sekarang ni.. sibuk dengan aktiviti sekolah..tambahan pula tahun ni SPM 2012.. banyak kelas tambahan la..malas nak post da,, sibuk sangat tiap-tiap masa.. tusyen lagi... ok la.. post pun dah macam orang STESS... tapi.. memang stress punn.. yuhuuu .. dengan kena beletir dengan mak aku lagi.. ayah aku pula... jenis P. K,, aku tahu la.. aku tak pandai macam budak tu(adik lelaki aku yang pertama 13 tahun).... kehh.. sedih la kadang2.. fikir masalah keluarga aku ni.sampai keputusan peperiksaan aku pun jatuh,,, Tolong aku..
aku nak juga dapat keputusan cemerlang nanti.. Aku akan cuba tabah dengan masalah yang aku hadapi ni..di dalam keluarga ni.. tapi aku sering melepaskan air mata bila aku tak tenang.. memang itu la.. cara aku. menenangkan diri.. alhamdulillah.. aku ada mak angkat yang sering memberikan dorongan dan semangat bila aku jatuh.. nak harap mak dengan ayah aku.. huh.. mungkin kena balik ada la..aku tahu la.. aku ni anak pertama.. tapi jangan la nak abaikan tanggungjawab kan..? betul tak?
takpa2.. yang peting mak dengan ayah aku tak abaikan adik2 aku yang kecil-kecil tu(7 tahun dengan 3 tahun).. sebelum tu.. aku hadapi ni semua bersama kembar aku.. kesiankan kami.. dah la nak SPM.. mak dengan ayah buat macam 2 pula dekat kami.. kadang-kadang tu..kami dua ni macam tak wujud je.. depan mata depa.ok la.. apa-apa pun terima kasih sebab lahirkan kami berdua dan besarkan kami berdua.. kalau tidak mungkin kami berdua tak ada dekat atas muka bumi.. ni..doakan kejayaan aku dan kembar aku ya.. untuk SPM 2012 ni..emm.. 

                            p/s:                  terima kasih sebab sudi baca ni..


                                                              aku dan mak angkat 


                                                               
                                                          aku dan kembar aku

Sunday, March 11, 2012

telefon dotdotdot


assalamualaikum..
lama dah tak updated post ni..
huh.. bukan apa cuma sedih sikit..
macam-macam masalah datang..

hmm... semejak telefon aku tak da ni..
rasa sunyi la... nak kena tunggu lagi semiggu lagi, tu pun
kalau dpt balik...
aku harap sangat semoga dapat la balik telefon aku tu..
susah juga hidup tanpa telefon, tambahan pula zaman sekarang ni..
nak berhubung pun senang..
mudah nak hubung dengan seseorang 2,, hehe..
tapi masalahnya, bolehkah aku dapat balik telefon 2..?
aku setia menanti kau telefon.. walaupun kau tak secanggih
telefon zaman-zaman sekarang ni..
ok.. la... aku dah tak tau nak tulis apa dah ni
rindunya dekat telefon aku…

Thursday, December 22, 2011

hadis riwayat abu naim

assalamualaikum...


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,
"setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali
mata yang menutup dari melihat sesuatu yang HARAM,
mata yang berjalan malam dalam JIHAD PADA JALAN ALLAH dan
mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat
kerana takutkan ALLAH...
(Hadis riwayat Abu Naim)